This Syawal I felt sad and loneliness without SMS / WHATSAPP dropped from Affan .From 1 Syawal till end,I never out for Raya .Just stayed in room ......How sad !
Destinasi terakhir….. Uitm Shah Alam Selangor Shafiah melihat jam tangannya .Mengapa putaran masa dirasakan amat lambat. “Ayah…..mengapa lambat ni?”bisiknya . Shafiah menunggu tempat biasa,di mana di situlah kebiasaannya mereka bertemu. “Maaf Ayah lambat …”matanya bergenang ,merahsiakan sesuatu.Affan terlambat kerana menemui doktor pakar di Hospital . Affan memeluk anak kesayangannya ,matanya berkaca. “Apa ni Ayah ,”Tanya Shafiah Kelihatan plastik putih seperti plastik mengisi ubat. “Ubat Ayah…,”balas Affan. “Ayah sakit apa..?”Shafiah ingin tahu . Affan tidak menjawab.Biarlah disimpan dalam hati.Tidak mahu mengganggu pembelajaran anak dara kesayangannya. “Bagaimana study ?”Affan bertanya “Ok je Ayah….Cuma bulan ni...
SELAMAT TINGGAL DUNIA…………. “Haji………….abang nak tanya pasal haji….kalau kita banyak hutang,camna kita nak pi haji?” Sapa Norizan pada satu petang….Ustaz Kamus yang biasa dipanggil Haji menjawab “Kita ni berniaga bang…sampai mati pun tak habis hutang….Jika ada rezeki,pergilah bang…Hutang kita boleh dibayar….Sekarang mana ada orang tak berhutang?semua berhutang..makan gaji pun berhutang….” Norizan termanggu-manggu dengan jawapan Ustaz Kamus…setelah diberikan buku Usahawan Kaya Wang Kaya Iman oleh Ustaz Kamus,Norizan semakin memahami ilmu agama…sebagai bekas askar yang tidak mempunyai pendidikan agama tinggi,Norizan hanya menambahkan ilmu melalui buku-buku agama selain hadir kuliah di masjid dan surau...
Cerpen: Hujan Emas HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.Kerajaan yang menyekolahkan kau, MARA yang memberi biasiswa hingga kau berjaya mendapat ijazah di Universiti Harvard. Mengapa pilih Amerika?," itulah kata-kata arwah ayahnya ketika Affan membuat keputusan untuk bekerja di Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajiannya. Setelah lima tahun berkhidmat di negara Uncle Sam itu, Affan mula gelisah dan rindu pada tanah air. Pesanan ayahnya terngiang-ngiang di telinganya. Impian ayahnya untuk melihat anaknya berkhidmat di negara sendiri tidak terlaksana. Dia memilih Amerika kerana ganjaran dan gaji yang lumayan, kemudahan dan seronok dengan kehidupan di negara maju. Malah ketika ayahnya menghembus nafas terakhir, dia berada di Kanada mengikuti kursus yang dianjurkan oleh syarikatnya. Hanya bacaan Al-Fatihah mengiringi pemergian ayah tersayang. "Maafkan Affan kerana tak dapat ba...
Comments
Post a Comment