SELENDANG RAMADHAN………………

                          













 



“Saya  mengistiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ………………”


Penyimpan Mohor  Besar Raja-Raja menyampaikan tarikh permulaan puasa.


              Aisyah mendengarnya dari siaran tv,lantas matanya bergenang…..di tangannya 


Selendang Sifon Sakura yang amat nostalgia… Selendang yang dibeli suaminya masih tetap berada di

 almari kamar….Tidak mampu untuk dipakainya hingga hari ini…


                        “Ibu..mengapa ibu menangis?”Tanya anak bongsunya,Syahirah yang baru berusia 4 tahun….

“Adik……..”ujarnya sambil mengesat pipi yang semakinkebasahan…. 

Pada tahun 2005 adalah tahun yang amat bersejarah….Ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah

 selepas keluar kerja sebagai jururawat,tiba-tiba terdengar dentuman di jalan raya… 

kelihatan seorang lelaki terperosok di bawah kereta berlumuran 

darah….Orang ramai saling bantu-membantu mengeluarkan lelaki  tersebut dan lehernya kelihatan

 luka  kecederaan yang agak besar..darah terpercik laju…


                    Aisyah yang  melihat kejadian itu,terus membuka selendangnya dan melilit leher lelaki yang tidak dikenali itu agar  darahnya tidak terus memancut keluar…... 20 minit kemudian,ambulan datang dan  membawanya ke hospital….


                             6 bulan berlalu…… “Nama apa?”Tanya lelaki yang masih dirawat di hospital ketika

seorang jururawat menghantar ubat untuk  dimakan. “Aisyah…..” “Sedap nama…….”balas lelaki

 tersebut…. “Awak suka  warna apa?”tanya lelaki itu lagi. “Biru………”jawabnya jujur…………..


              Aisyah lantas pergi setelah menjawab pertanyaan lelaki tersebut. Aisyah hanya tersenyum


manja…………. Lelaki itubangun dari katilnya dan melihat keratanakhbar di dinding .


                        “Selendang menyelamatkan seorang lelaki kemalangan…..”Itulah bunyi tajuknya dalam


akhbar Harian Metro.Ia membaca dengan penuh minat dan tertanya-tanya siapakah wanita yang

 melilitkan selendang kelehernya . Seminggu kemudian ,lelaki bernama Affan itu keluar dari hospital

 dan  memulakan pekerjaannya sebagai seorang “Mat Rempit“ menghantar surat dari satu tempat ke

tempat….


                    Walaupun 6 bulan bercuti sakit,mujurlah majikannya masih menerimanya sebagai pekerja…


 “Jauh termenung Fan….”ujar ibunya ketika Affan termangu-mangu di serambi rumahnya… 


“Fan  terfikir..siapakah gadis yang melilitkan selendangnyake leher Fan masa kemalangan tempohari….”


                    “O…..o….itu yang Fan fikirkan…..siapa pun dia,itu tak penting..yang penting Fan


 mendoakan kebaikan buatnya”balas ibunya.


 Affan hanya mengangguk….sambil menggaruk lehernya yang masih berbekas jahitan akibat


luka kemalangan… Suatu hari Affan teringat dengan keratan akhbar kisah kemalangannya di hospital,lantas


memecut laju motornya ke hospital dan bertanyadengan ketua jururawat…


“Kak…saya nak tanya…tentang keratan akhbar tu..saya la yang kemalangan tempohari…”ujar Affan


membuka cerita.


“Jadi..mengapa?”tanya jururawat tersebut acuh tidak acuh…


“Saya nak tahu mengenai selendang yang dililitkan ke leher saya…”balas Affan dengan bersungguh-sungguh.


“Oooooo….pada hari kejadian kebetulan bekas staff sini baru balik kerja dan lihat kemalangan berlaku…


dia pun lilitkan selendang ke leher awak…”Balas ketuajururawat.


“Bekas jururawat sini?apa namanya?dia sekarang kat mana?”tanyaAffan bertalu-talu…


“Namanya Aisyah…dia sekarang sambung belajar di UKM,ambil kursus farmasi.”Ketua jururawat


menjelaskan.


                     Baru Affan teringat….seorang jururawat yang menghantar ubat kepadanya,itulah gadis yang


melilitkan selendang ke lehernya.. Setelah mengambil nama penuh Aisyah,Affan mengucapkan terima

 kasih kepada ketua jururawat dan keluar dari hospital dengan seribu persoalan…


                        “Siapa pula hantar ni?”tanya Aisyah kepada teman sebiliknya Norhayati pada satu petang.


“Tadi ada lelaki datang..Macam despatch je….katanya nak bagi  bungkusan kat awak….”jawab

 temannya.


Lantas Aisyah membuka bungkusan itu.Selendang warna biru dan sekeping nota


 “Terima kasih….semoga Allah merahmati saudari dunia dan akhirat”.


 Aisyah termanggu-manggu memikirkan siapakah jejaka misteri yang menghantar selendang hingga

 kebiliknya.


                       Amat cantik selendang pemberian lelaki tersebut.Warna biru yang bercorak bunga-bunga


kecil….Seminggu kemudian,ada lagi bungkusan sama…begitu juga minggu seterusnya. Aisyah mula

 curiga  dan sangsi…..


                           Pada satu petang,ia ponteng kelas.Menunggu dari jauh untuk melihat  siapakah lelaki

 yang


menghantar bungkusan mengandungi selendang kepadanya… Apabila melihat seorang lelaki naik ke


biliknya,Aisyah mula mengekori dan memerhati dari belakang.


                            Apabila lelaki tersebut menyerahkan bungkusan kebiliknya,Aisyah menyapa dari belakang


“Assalamualaikum!”Terperanjat Affan dengan suara dari belakang dan menoleh….


“Wa….wa…waalaikumsalam……”jawab Affan terketar-ketar…


               “Awak?awak ni kan yang kemalangan hampir patah leher dan masuk hospital 6 bulan …?”tanya


Aisyah seakan-akan pernah melihat lelaki tersebut.


“Ya…saya….saya….”jawab Affan mengiyakan.


                            “Saya mohon maaf…..kerana menghantar bungkusan hadiah untuk awak..kerana saya


mahu mengucapkan terima kasih kepada awak yang melilitkan selendang ke leher saya pada hari


 kemalangan…….”berkaca mata Affan menerangkan tujuannya.


                           “Ooo…tidak mengapa….saya ikhlas membantu….”jawab Aisyah. “Saya minta maaf


banyak-banyak…kerana mungkin cara saya tidak disukai awak….”Luah Affan. “Tidak mengapa….saya


hargai pemberian awak..Cuma saya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang suka hadiahkan saya


selendangwarna biru setiap minggu….”jawab Aisyah.


                             Perbualan  ringkas membuahkan perkenalan pertama seorang lelaki bernama Affan dan


seorang gadis  manis bernama Aisyah. Mereka mula berbalas sms dan bertemu sekali sekala apabila


terluang… “Awak……….saya ni Mat Despatch je……umpama seekor semut kecil yang mahu mengangkat


seketul gula Melaka…..saya amat terharu awak sudi berkawan dengan saya…” Aisyah tersenyum

 membaca  sms dari Affan…amat dalam maknanya…


 “Mak…..saya nak minta…..”ujar Affan di satu malam.


“Minta apa?”balas ibunya. “Boleh tak meminang


Aisyah buat saya?”jawab Affan.


 “Aisyah?siapa?”tanya ibunya kehairanan.


“Mak ingat tak…..gadis yang lilitkan selendang di leher Affan masa kemalangan tempohari….itulah


Aisyah…”balas Affan.


 “Fan…..Mak bukan nak hina kamu..diabelajar tinggi….kerja pun gaji besar..kamu Mat Despatch je…


kamu rasa ibu bapa dia terima ke kamu?”nasihat ibunya.


“Kita cuba je Mak..mana le tahu rezeki…..”balas Affan sambil mendongak ke langit….


                        Ketika Aisyah memberitahu ibu bapanya mengenai Affan mahu meminangnya,Ayahnya


membentak. “Mat Despatch?Aisyah..Aisyah…..berapa ramai lelaki dalam dunia ni….mengapa pilih


Mat  Despatch?”


 “Ayah………..ramai kawan-kawan Aisyah berkahwin dengan pemandu lori,pekerja kilang..tapi mereka


bahagia….Apa salahnya Mat Despatch?ia  pekerjaaan halal….”Aisyah cuba memujuk.


                           Berkat kesabarandan doa berterusan,akhirnya ibu bapa Aisyah bersetuju dengan pilihan


anak bongsunya.3 bulan kemudian Affan dan Aisyah disatukan.


                     Mereka kini telah sah menjadi suami isteri. Aisyah bekerja  sebagai ketua Farmasi di Hospital


Besar Melaka,manakala Affan masih meneruskan kerjanya sebagai MatDespatch.Enam bulan


kemudian,Affan berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam dengan menjual pelbagai

 tudung dan selendang.                                                                                                                                                              

                                       Bermula dari motosikal buruk,kini Affan membeli sebuah van dan mempunyai seorang pembantu. Isterinya  membantu Affan membesarkan perniagaan dengan suntikan modal dari hasil gajinya.


.Setelah anak sulong yang dinamakan Saffiah berusia dua tahun ,Affan telah berjaya mempunyai premis

pakaian di Arked Mara.


                             Perniagaan yang semakin maju mengeratkan lagi hubungan rumah tangga. Pada

tahun  2008,lahirlah anak kedua yang dinamakan Syahirah.Kehadiran dua cahaya mata telah

 mengukuhkan lagi hubungan suami  isteri.



                      Pandangan negatif ayah Aisyah telah  berubah apabila melihat Affan kini telah berjaya menjadi usahawan. “Abang…..Aisyah berkenan dengan selendang yang keluar tv tu….”ujar Aisyah pada satu malam selepas berterawih dengan  suami tersayang.


 “Selendang apa?”tanya suaminya.


 “Selendang SifonSakura …ada jual kat Jakel….Ayang  ingat nak pakai selendang tu raya ni…”balas


Aisyah.


                  Keesokannya  Affan dan anak sulongnya Saffiah memandu jauh mengunjungi kedai Jakel


 untuk  membeli tiga helai selendang yang dikehendaki isteri tersayang… Cuaca tengahari pada 30


Ramadhan amat panas terik.Affan memandu dengan  berhati-hati kerana jalan raya sesak dengan ribuan


kenderaan orang ramai pulang  bercuti raya…


                                 Affan menelan air liurnya melihat deretan peniaga menjual pelbagai jenis minuman


sepanjang jalan… “Ayah…Along haus…..”ujar  anaknya Saffiah yang baru berusia 6 tahun.. Affan


dengan  sebelah tangan memegang stereng mengambil air kotak di tempat duduk belakang yang 


dibeli di kedai runcit tadi.



                 Tiba-tiba  tangannya terlepas stereng kereta dan kenderaan telah melintang jalan.Sebuah  lori


treler penuh muatan menghentam kereta Affan.



 “Abang………………………..Abang…………………….Along…along….”jerit  Aisyah melihat


tubuh suami dan anak sulongnya kaku di dalam bilik mayat Hospital Besar Melaka……




                    PagiAidilfitri yang mendung ,Aisyah ditemani anak bongsunya yang masih kecil menyiram air mawar ke pusara suami dan anak sulong tersayang yang telah pergi selamanya………………….




 

                                                                            ~~  TAMAT   ~~


                                         CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...

SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .


                                                                        HARAP MAKLUM 

Comments