SELAMAT JALAN SAHABAT !
SELAMAT JALAN SAHABAT !
“Assalamualaikum.Dukacita dimaklumkan Haji Khalid bin Salleh,74 tahun , telah meninggal dunia dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqik Madinah al-Munawwarah,mohon sedekahkan surah al-Fatihah
-Aisyah Mohd Ali”
Whatsapp dari Puan Aisyah membuatkan aku termangu.
Mataku berkaca.
Sahabat yang kukenali sejak usiaku 14 tahun kini menemui Pencipta di bumi mulia,Madinah al-Munawwarah.
Aku membalas “Waalaikumsalam.Takziah.Semoga Allahyarham
diampunkan Allah SWT dan termasuk golongan beriman dan beramal soleh-Hj Sata Saalimun ”.
Fikiranku menerawang .........................mengimbas kisah 60 tahun lampau.
...................................................................................................................................
Bachok Kelantan,1989
“Pakcik....boleh ceritakan kisah kekejaman Pol Pot”,tanyaku satu petang ketika sedang berehat selepas penat memasang pagar sekolah baru bernama Madrasah Al-Muhajirin di Kampung Belukar,Gunong Bachok Kelantan.
“Mereka amat kejam..ratusan ribu orang Cham dibunuh oleh Pot-Pot..”katanya yang dikenali sebagai ‘POK YEH’ ,berusia 60 an.
Aku,Khalid,Ahmad,Ikhsan,Sadad,Salim,Atrin,Razak dan lain-lain
mendongak dan tekun mendengar cerita Pok Peh.
.................................................................................................................................
Senggarang,Batu Pahat,Johor- 2022
“Datang la sini.Tidur la rumah aku beberapa hari.Kita dah lama tak
bertemu”,ujar Khalid pada satu petang.
Aku pun terus memandu kereta Proton Saga FLX dan sampai ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam dan melihat Khalid sedang lepak di
teratak berdepan banglo kesayangannya.
“Assalamulaikum!”,aku memberikan salam setelah keluar dari kereta dan kami bersalam.Kami berbual hingga 3 pagi dan lena dibuai mimpi ....
...............................................................................................................................
New York ,USA 2030
Khalid dan keluarganya menghantar aku bersama anak bongsu Mira
Fiqa di KLIA ,Sepang Selangor.
“Kau ni betul ke nak pindah Amerika?”tanya Khalid ketika melihat
tiket dan passport aku .
“Betullah!Tiket tu tulin bro,bukan palsu....”kataku bergurau dan Khalid
ketawa.
“Sampai sana,jangan lupa whatsapp aku bro!Doakan aku sampai bumi Uncle Sam....”katanya sambil kami
berpelukan dan aku tidak dapat menahan air mata perpisahan.
Ketika usiaku telah menjangkau 58 tahun,aku mengambil keputusan
berpindah ke Amerika Syarikat.
Aku hadir pendaftaran anakku Mira Fiqa di Universiti Harvard dalam
bidang Sains Politik .Mujurlah MARA memberikan biasiswa kepada anakku menyambung pelajaran setelah cemerlang 11 A ketika peperiksaan SPM .
“Adik..study smart and call ur mom always”,pesanku kepadanya.
Bumi Amerika yang moden bukan seindah sebagaimana dalam media.
Rakyatnya yang amat sibuk dan propganda anti Islam amat menakutkan
ketika aku baru sampai ke sana .
Mujurlah sahabat baik,Abdul Bary Yahya yang dikenali ketika belajar di bumi Madinah banyak membantu uruskan visa,rumah sewa dan sebagainya.
Abdul Bary setelah tamat pengajian,menjadi pendakwah bebas di Amerika dan sering ke luar negara dan sudah menjejaki ratusan negara dunia.
..........................................................
- Jalan Bayam Kota Bharu
- Novel di Amerika
- Filem pertama “My Joe”
- Affan meninggal dunia - 2021
- Bertemu Badri setelah 30 tahun
- Umrah terakhir bersama
- Melawat Thailand,Vietnam,China dan Cambodia 14 hari
- Kelas Malam di Amerika
- Pertemuan dengan Steven Spielberg
- Wasiat
- Masjid Khalid ibnu Salleh di Kg Cham Kemboja
TO BE CONTINUED-INSYA-ALLAH
CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...
SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM
Comments
Post a Comment